Pages

If you have anything to ask, review, sponsor, advertise, you could always leave a comment or email me . Thank you!
" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lb.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

PEOPLE WHO LOVES ME!

Wednesday, 21 March 2012

PEMBUKAAN PASAR RAYA BESAR MYDIN TAMAN SAGA, ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN.



55 Tahun MYDIN MOHAMED HOLDINGS BERHAD

Mulanya hanyalah sekadar menjual barang-barang permainan dan barangan keperluan di kaki-kaki lima dan pasar malam. Tuan Gulam Hussein, bapa kepada Tuan Mydin Mohamed pada ketika itu gigih mengusahakan perniagaannya di Pulau Pinang sekitar tahun 1940-an. Namun, perniagaannya musnah akibat tercetusnya Perang Dunia ke-2 . 



Selepas tamatnya perang, Tuan Mydin bertekad untuk membangunkan semula perniagaan bapanya dengan membuka kedai pertamanya di Kota Bharu, Kelantan. Di sinilah bermulanya legasi perniagaan syarikat MYDIN, hasil daripada usaha yang gigih serta semangat juang yang tinggi yang dimilikinya. 



Setelah 55 tahun penubuhannya, MYDIN kini berjaya memperkembangkan perniagaan dan memiliki sehingga 97 rangkaian perniagaan yang terdiri daripada 18 buah emporium, 8 buah pasar raya besar (hypermarket), 9 buah kedai serbaneka 24 jam (MyMart), 53 buah pasar mini (MyMydin), 6 buah francais (MydinMart) dan 3 buah bazaar.








PERASMIAN HARI INI – PASAR RAYA BESAR YANG KE-8 DIBUKA
Hari ini, Pasar Raya Besar MYDIN Yang Ke-lapan (8) di Malaysia berjaya dibuka selepas 2 bulan  Pasar Raya Besar MYDIN Yang Ke-7 dibuka di Kulai Jaya Johor pada hujung Disember yang lalu. 

Hypermarket ini merupakan hypermarket pertama MYDIN yang dibuka di negeri Kedah yang juga merupakan cawangan MYDIN ke-dua (2) beroperasi setelah pembukaan MydinMart Alor Setar yang berkonsepkan francais telah dibuka di Jalan Mahsuri, Alor Setar pada 21 Ogos 2001.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Tuan Mydin Mohamed, Pengasas dan Pengerusi Mydin Mohamed Holdings Berhad. Turut mengiringi beliau ialah isterinya, Puan Rowshen, Tuan Haji Saduruddin, iaitu adik beliau berserta isteri,  Encik Azmin Saduruddin, Pengurus MYDIN cawangan Utara, dan juga ahli lembaga pengarah yang lain.

Dijangkakan juga pembukaan MYDIN di sini akan memberi manfaat untuk penduduk dari Perlis, Pendang dan Jitra untuk datang menikmati tawaran harga rendah & borong MYDIN seperti yang dirasai oleh semua pelanggan sebelum ini. 

Bangunan hypermarket ini berkeluasan  keseluruhannya sebanyak 104,000 kaki persegi, di mana 40,000 kaki persegi adalah merupakan keluasan pasar raya. 

Manakala yang selebihnya adalah merupakan 22 buah lot kedai dengan berkeluasan antara 96 - 430 kaki persegi dan 18 buah lot bazaar yang berkeluasan 100 kaki persegi. 


PROMOSI KHAS ISTIMEWA – MYDIN BERKONGSI KEGEMBIRAAN

Sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggan yang menyokong MYDIN selama ini, MYDIN menawarkan promosi khas harga istimewa sempena pembukaan hari ini. Antara barangan promosi istimewa tersebut ialah:

Ayam beserta kepala dan kaki 1kg  : RM4.99
Bawang merah besar 1kg              : RM0.50
Kobis Bulat 1kg                           : RM0.89
Beras Super Tempatan 10kg          : RM22.99
Dynamo Cecair Pencuci 4.4kg         : RM17.90
Sunlight Pencuci Pinggan                : RM3.70

MYDIN juga menyediakan sudut jualan untuk makanan RTE “Ready To Eat” yang dijual dengan harga yang sangat rendah. Ianya telah dipek untuk mudah dibawa dan boleh terus dimakan. Pelanggan yang mempunyai bajet yang rendah untuk hidangan makanan boleh mencuba membeli di sudut RTE ini. 

JOM KE MYDIN! JOM SOKONG MYDIN! 

Laman Web   :
Facebook      :
Twitter          :



2 comments:

  1. 21 March 2012 00:22

    rajinnye ko korek sejarah mydin!!

    Reply
  2. 21 March 2012 01:12

    hahahha....begitulah...susah payah pak cik tu bukak mydin rupanya kan!

    Reply

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();
Rayyan Haries Si Traveler Comel! Thank you for reading!